Thursday 1 December 2011

bahagianya apabila menatap wajah anak-anak....


tadaaa.....hasilnyerrrr....
Abg Ayish tgh khusyuk mewarna...







sayangggg abg an.....




huarghhhhhh...
sayang adik-adik abg ayish....


eemmmuuaahhhh.....



says...cheeseeee.....
senyummmm....

ottromennnn....hiyyakkkk...
(abaikan background yang kat blkg tu yek!)







Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita

Personaliti
       1.     Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain.   Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
2.   Jangan ada perasaan negatif   pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
3. Jangan berlebihan, tetapkan had
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
6. Bermimpilah ketika anda berjaga
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
8.   Lupakan kisah yang lama.   Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
9.   Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
11.   Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
13. Lebihkan senyum dan ketawa
14.   Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju

Komuniti
15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
17.   Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
20.   Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka

Kehidupan
22.   Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
23.   Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25.   Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
28.   Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
29.   Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
30.   Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah

Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas, kongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama, orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama anda.
Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang di sekeliling anda.

Friday 18 November 2011

Andainya Kita tahu.....

 Rahsia dan Nikmat di sebalik erti SABAR
MAKSUD "sabar" dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak- selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.



Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:

1. Tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;
2. Menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;
3. Memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia,nafsu dan syaitan;
4. Tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibat.
Sabar yang demikian itu adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah, malah segala ibadat itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan.

Malah, dalam segala lapangan, kita perlu bersabar dan menangani segala kesukaran dan rintangan yang dihadapi. Orang yang gagal bersabar tidak akan tercapai matlamat dan manfaat ibadatnya.

Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu ialah:

PERTAMA, supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya. Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada padah pelbagai musibat menjadikan kita keluh-kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya.

KEDUA, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat).Antara firman Allah Taala tentang hal ini ialah:

"Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah kami ketika mereka bersabar". (QS.32:24);
"Mereka itulah orang- orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-
alukan di dalamnya (syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)".

(QS. 25:75);

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas". (QS.39:10);

Allah Taala menganjurkan kita supaya bersabar. Firman-Nya
(mafhumnya):
"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (melakukan taat dan menghadapi musibat), teguhkanlah kesabaran kamu, tetapkanlah
kewaspadaan serta siap siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung (merebut syurga dan bebas dari neraka).
(QS. 3:200).

Apabila seseorang itu berjaya mempertahankan kesabarannya dalam keempat-empat keadaan tersebut di atas, maka tercapailah darjat istiqamah dan taat dengan mendapat ganjaran pahalanya yang besar. Orang itu tidak akan terjatuh ke jurang maksiat.

Saiyidina Ali Abu Talib k. a. w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

DALAM konteks menghadapi ujian (qadhak) atau musibat atau mala petaka, seseorang hamba Allah itu, insya Allah, akan berjaya mengekalkan kesabarannya , jikalau dia
sentiasa mengingati atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat atau hikmat musibat itu,atau jika hamba Allah itu sentiasa menaruh sangkaan baik terhadap Allah Taala. Malah, dengan yang demikian, kesabaran dan keimanannya akan bertambah teguh.

Sebagai perbandingan tentang hakikat musibat itu, kita katakan ada seorang bapa yang melarang keras anaknya memakan sejenis makanan yang amat digemari oleh anaknya itu. Sebaliknya sang bapa itu memaksa anaknya memakan makanan biasa daripada bahan yang murah, walaupun dia cukup mampu membeli makanan istimewa yang menjadi kegemaran anaknya itu. Apakah penerimaan atau reaksi sang anak terhadap tindakan bapanya itu?

Dan apakah kata kita terhadap sang bapa itu? Mungkin ramai antara kita akan mengatakan sang bapa itu kedekut, bakhil, tidak bertimbangrasa dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak harus menuduh sebarangan kepada sang bapa itu sebelum kita tahu apa tujuan dia bertindak demikian. Kita harus mencari sebab-musababnya.

Inilah tindakan wajar orang yang bersabar. Demikianlah antara cara kita berhadapan dengan keadaan yang tidak menyenangkan kita atau apabila menerima cubaan atau
musibat yang ditakdirkan oleh Allah Taala ke atas diri kita. Kita tidak harus terus melenting marah atau kesal mengikut arus perasaan atau rangsangan nafsu dan syaitan, kerana kita tidak tahu rahsia hakikat dan hikmat di sebalik takdir itu.

Bandingannya, katakan kita tahu, tujuan sang bapa tersebut bertindak demikian adalah kerana anaknya itu sedang mengidap suatu penyakit yang mengikut doktor, sang anak itu akan menghadapi bahaya apabila memakan makanan kegemarannya itu.

Sekarang apa kata kita? Tidakkah tuduhan-tuduhan terhadap sang bapa tadi tergugur dengan sendirinya? Dan, sang anak itu pula, apa bila mengetahui tujuan bapanya itu,
apakah wajar memarahi bapanya atau berkecil hati atau menyesali tindakan bapanya itu? Sekarang tentulah kita akan mengatakan, sang bapa itu adalah seorang bapa yang
bertanggungjawab dan anaknya pula tidak sepatutnya menyesali tindakan bapanya yang demikian. Katakan lagi, sang bapa membawa anaknya itu ke hospital, lalu ditahan di wad hospital itu. Maka itu terpenjaralah sang anak di hospital, terpaksa berpisah dengan keluarga dan kawan-kawanya. Selain itu dia terpaksa minum dan menelan ubat-ubat yang pahit dan disuntik. Rawatan seterunya ialah pembedahan.

Pada zahirnya, sang anak itu menderita terseksa, tetapi apabila diyakini, bahawa 'seksaan' itu adalah untuk menyelamatkannya daripada ancaman dan seksaan sebenar yang berpanjangan daripada penyakit yang dihidapinya itu, maka 'seksaan' sementara itu seharusnya diterima dengan hati terbuka, penuh rela, tenang, dan sabar.

Demikianlah semestinya penerimaan kita terhadap musibat atau ujian drpd Allah Taala. Sebenarnya penyakit itu sendiri merupakan suatu cubaan atau musibah. Melalui penyakit,
kita diuji oleh Allah Taala sejauh mana kesabaran dan keimanan kita, sejauh mana dan bagaimana usaha atau ikhtiar kita merawatinya, sama ada dengan cara yang bersendikan tawakal dan tafwid atau melibatkan perbuatan syirik, yakni bergantung kepada yang lain daripada Allah dan melakukan perkara-perkara mungkar yang lain.

Dan, kalau ditakdirkan usaha rawatan itu gagal dan penyakit itu bertambah tenat, maka itu adalah ujian yang lebih besar, khususnya kepada pengidap penyakit itu. Kalau penyakit itu akhirnya membawa maut, maka ujian itu melibatkan keluarga pula. Hikmat dan hakikat di sebalik apa yang ditakdirkan Allah itu, sama ada yang baik ataupun yang buruk, kita tidak tahu.

Sebab itu kita perlu bersabar menerima dan menanggungnya. Kita sebagai hamba Allah hendaklah menghadapinya dengan hati yang tenang, penuh kerelaan, penuh kesabaran; di samping berikhtiar mengatasinya dengan seberapa daya mengikut kemampuan kita
sebagai manusia, hamba Allah.

Untuk mewujudkan kesabaran, kita hendaklah sentiasa menyedari, bahawa kadar dan waktu berlakunya kesusahan atau musibat itu adalah di bawah takdir Allah Taala yang maha berkuasa. Ketetapan kadar itu tidak bertambah atau berkurang dan waktunya tidak terdahulu atau terkemudian.

Dan, untuk memelihara atau mengekalkan kesabaran itu pula, kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa kesabaran itu bakal dibalas dengan ganjaran kebajikan dan pahala
yang disimpan khas oleh Allah Taala.

Demikianlah, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarrab.

Yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekali gus menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan. Wallahu a'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada
manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

18 November 2011 bersamaan 22 Zulhijjah 1432

 Untuk di kongsi bersama......


Petikan daripada: www.muslimconsumer.org.my
   
JANGAN SOMBONG DENGAN TAKDIR

Jika hendak dikirakan ’beriman’ dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan..  Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu… syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.
Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini.. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih ’senior’ dalam ibadah dan hirarki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya ’pendatang’ baru yang diciptakan terkemudian?
Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah, itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina… seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka… kerana gugur sifat kehambaannya!
Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua ku orang semacam dia? Kenapa anak ku cacat? Mengapa isteri tersayang ku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha. Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.
Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela. Katakan,  ya Allah… sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hambaMu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir MU.
Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bunga ‘pemberontakan’ dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada disedari atau tanpa disedari…
Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa. Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapai-kapai dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru, dengan akal semata-mata kita tidak akan   dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?
Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari-cari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu)  dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung  di dalam cubaan dan bala yang menimpa durinya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.
Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermasud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.
Mengapa terjadi  demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam ertikata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah seseorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.
Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan balayang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.
Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.
Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan… itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven… yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!
Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan maksiat dengan mudah.
Hati, tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.
Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” Surah Al Baqarah : 216
Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya? Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah  itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.
Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, ”belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.” Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.
Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.
Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujianNya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya ’asbab’ (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau ’musabbabil asbab’ (Penyebab – Tuhan).
Hati mereka berkata:
”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”

PPIM: Sesuatu yang menarik  untuk dibandingkan dengan manusia hari ini yang kita lihat lebih menentang Allah dari syaitan. fikir-fikir... hari ini kita bergelumang dengan riba (sedangkan Allah dan Rasul menentang dan memerangi riba) dan keengganan kita menerima/mempercayai takdir, jodoh / rezeki..QADA'dan QADAR-Nya




Wednesday 2 November 2011

majalah yang x pernah ada di pasaran....

hihihi....cari la kat mana-mana pun x kan jumpa majalah ni....keluaran edisi khas sdn bhd.....

boring sungguhhh.....


 ini keje masa xde mende nak wat...huhuhuuu....

Friday 30 September 2011

Raya....Raya....Raya....2011

emmmm...dah lama betul x update blog...daripada sebelum puasa sampai la dah habis raya...Raya thn ni meriah la jugak coz ada family day belah hubby....sumer ader....

Amacam besar tak nampak family kat sebelah hubby aku?...huhuhu...sampai x muat nak masuk lam kamera...
Hah ni gambar aku satu family....hihih...diambil selepas balik dari bercuti hari raya....Almaklum la kan time-time raya org sumer sibuk nak berjalan. Inilah gambar aku yg betul-betul hanya aku satu family...5 beranak. sukerrrr sgt aku tgk gambar nie.
Sayang anak-anak mama....yang dua org tu kalo bab bergambar sengih memanjang tapi kalo si abang skang ni kalo suruh bergambar dah pandai malu-malu...Time ni muka abang nangis coz kena paksa tangkap gambar time diye tgh syok nak tgk kartun...huhuuhuh....

Friday 5 August 2011

Monday 25 July 2011

Apam Mekar @ Apam Polka Dottttt....Biskut Semperittttt.....

           25 Julai 2011 Jeng...jeng...jeng...malam tadi sempat lagi aku wat apam mekar...testing ikut resepi dari internet....First time aku wat nie....hahhhh ni lah hasilnyerrrr....hihihi kena masuk dalam buku rekod peribadi nih...kannyer slalue leh jadi camni.....






Sebelum ni aku cuba buat kuih semperit tapi x berapa nak jadi...teringin makan punya pasal aku wat la skit....ni la rupanya....Masa aku wat biskut ni anak-anak kat nursery lagi...bila aku amik diorg dari nursery aku kasi la kat diorg saja kasi diorg rasa nak tgk diorg suka ke tak....huhuhuuu....makan, makan jugak...baling, baling jugak....hehehehe





Gara-gara dah penat wat biskut siang tadi so malam tu aku dinner makan yang ni jer....Fuhhhhh..memang best gilerrrr....hahaha...
My Husband has made me laugh, wiped my tears, hugged me tight, saved my life, watched me succeed, seen me fail, cheered me on, kept me going strong, put up with my mood swings, has said everything will be alright when things get tough, keeps me sane. My husband is a promise from Allah that I'll have a friend forever. ♥♥Ahmad Fais Misbah♥♥
Copy and paste this if you have a great husband like I do..



Inilah amanah yg telah diberikan padaku....wajah-wajah kesayangan hamba.....adik ngan baby maintain jer duk kat lam stroller tunggu abg hbs mandi....janji ader something yg mama kena belikan yek....






Balik dari nursery abg sempat lagi nak terjun kolam...Ni kalo x kasi konfom satu level dengar diye menjerit nangiss......huhuhuuu.....abg...abg...
Masa ni mama kena la bawak coz abah g kursus seminggu....

tol baru LATAR.....testing lalu


Add caption

           salam sumer...ari ni baru ada kesempatan nak update blog...skit punyer lama x update skali  update byk la plak nak citer...ari ni aku nak tunjuk laluan baru aku dari Bestari Jaya terus ke Shah Alam...aku cuba try test laluan baru...keluar ikut Guthrie Highway... Tol masih free lg x kena bayar...nanti kalo kena byr x tau la baper hinggit...                                                 


Add caption
Masa aku lalu x baper byk sgt kete yg lalu...almaklum la jalan baru x ramai lagi yang tau...esok2 bila dah buka betul-betul konfom ramai yg short cut x yah susah-susah nak masuk shah alam dulu kalo nak ke K.L.
Lalu kat highway ni kalo kuar ikut Shah Alam kena tembus 2 tol...2 yang pasti...kalo setakat kuar kat puncak alam 1 tol jerr....Masa aku lalu aku kuar ikut exit Shah Alam so kena lalu Guthrie tol yg konfom aku kena bayar RM1.40 sebanyak 3 kali tol....so korang kira la baper hinggit aku bayar...2 x masuk lagi 2 tol yg belum beroperasi lagi....hihihi...



Ni exit yang pertama.....Boleh kuar ikut Puncak Alam....aku x tau tembus kat mana coz aku x lalu lagi...


Friday 8 July 2011

Sebelummmm.....

5 Julai 2011
G makan kat Port Klang...Restoren Ikan Bakar Sri Muara....Menu utama Ikan Siakap masak 3 rasa, Udang & Sotong goreng tepung, Air Limau ais.....Fuhhhh....memang best gilerrr....time tu dating berdua jer....hahaha....xde escort askar-askar....hehehe....Ni gambar ikan yg masih ader rupa ikannyer...nak tgk yg sesudahnyerrrrr....Tungguuuuuu..





Haaaahhhh....ni la rupa ikan yg dah xder rupa....Gambar sesudah kenyanggggg..... Nasib baik ader  tinggal kepalanyer....kalo x, x tau la nk ckp aperrr.....Ni gara-gara tgh hari x lunch....






Bila perut dah kenyang mula la menung jauh....heheh...masa 2 la teringat kat hero-hero n heroin....Masa ni Hero n Heroin xde skali coz hantar lik kg sebelum kitorg nk kena g kursus kat PD, Ng 9. Dah 11 hari la diorg kat kg di Perak....8 Julai 2011 diorg balik Shah Alam....baru la rasa riuh skit kat rmh kalo diorg ader....Bosan jugak rasa bila balik rumah sunyi sepi...

Friday 3 June 2011

Di sebalik tersurat....ada yang tersirat.....







Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULLULLAH S.A.W,


Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat,
Tak guna ada hati kalau tak tau menilai...

Wednesday 1 June 2011

Ceritera Anak-anak


Hari ni aku terkenang balik masa aku mula-mula bersalin...Betapa sakitnya rasa....tapi seronok. Ni pic anak aku yang sulung. Nama dalam surat beranak tercatat Ahmad Faris Irfan bin Ahmad Fais lahir pada 25 Disember 2007 jam 11.13 pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Masa nak bagi nama Abah Faris nak letak nama Ahmad nak samakan ngan nama diye. Faris lak kombinasi nama aku ngan Abah Faris....(Fais + Fari= Faris)...Hah nama yg kat belakang plak atas pilihan mak mertua n mama aku...Masa 2 plak kan tgh syok duk layan citer Natasha si Fasha Sanda berlakon...Diorg minat plak ngan nama Irfan. So at last Abah Faris gi daftar nama anak panjang berjela nak dekat satu kilometer gak la.....heheheh jadi la Ahmad Faris Irfan.

Hah ni Faris masa umur lebih kurang seminggu la kalo aku tak silap. Tengok siap leh senyum tuuuu....
Aku pun tak tau aper yang lucu sgt sampai diye tido dalam senyum... Masa tu aku rasa ader sedikit pelik la coz ye la x sangka dah ada baby kan....

Hah...ni plak masa Faris baru nak masuk setahun...kejap jer rasa. Masa ni aku tgh mengandungkan adik plak...Cepat tul rasa masa berlalu...

First time sambut raya bertiga ngan org baru....Preparationnyer jgn dikata la punyer excited gilerrr....Masa tu macam-macam nak beli. Pantang nampak barang baby yg comey-comey mesti nak beli....kalo ikutkan hati sumer kedai nak diborong...hahaha...
Hah...pejam celik pejam celik skang umur Faris dah nak masuk 4 thn. Tanggal 25 Disember 2011 genap umo Faris 4 tahun....emmmm dah besar anak mama...Tahun depan dah boley masuk sekolah...

Yang ni plak adik Faris.....Namanya Ahmad Faris Izhan bin Ahmad Fais. Lahir pada tanggal 2 April 2009 di tempat yang sama ngan abgnyer Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Kira aku booking la hospital Ampuan tu. Mana taknyer tu la hospital paling dekat n senang aku nak pegi. kuar jer rumah kona kanan simpang jalan besar straight jer terus sampai Hospital. Senang sesangat....aku bersalinkan adik masa tu kul 7.34 pagi.

Masa aku bersalinkan adik memang senang. Aku sampai Hospital kul 7 lebih pagi n tak lama pas tu dalam kul 7.30 pagi terus selamat sumer.....Yang aku x leh nak lupa masa aku masuk wad kecemasan misi-misi siap leh sembang-sembang lagi pas doktor check aku. Masa 2 dah buka laluan dalam 8cm kira dah boleh bersalin...Menggelabah diorang bila baca report yang doktor tulis. Terus disuruhnya aku baring kat atas stretcher n terus tolak masuk dalam labour room. Takde nak singgah-singgah masuk wad dah...
Kejap sgt dalam sekelip mata jer aku rasa dah kuar sorg lagi anak aku yang aku namakan Ahmad Faris Izhan bin Ahmad Fais.

Masa ni adik baru nak blajar berjalan...gigi pun dah byk tumbuh. Tapi yg aku geramkan sgt pantang diye geram kat org aku gak yg kena gigit...gigi dah la tajam...Masa betul-betul cepat sgt berlalu. skang ni adik pun dah besar.



Inilah anak mama yang paling suker sengih.....sumer sepesen jer sengih diye janji nampak gigi....Sekarang diam tak diam dah 2 tahun lebih...2 April 2011 genap umur adik 2 tahun. Adik yang paling byk pe'el....

Here's my sweet little gurl.....Abah Faris namakan Airien Farisya Insyirah binti Ahmad Fais. Mak oiiiii panjangnyer nama anak mama. Nampak gaya nanti kalo dah sekolah terpaksa la mama tempah nama untuk 'Rubber stamp' supaya senang anak-anak mama cop kat buku latihan sekolah...hahaha. Baby ayien lahir pada tanggal 15 Julai 2010 jam 11.58 malam. Lagi 2 minit jer nak masuk 16hb.

Time berpantang baby ni ader 2 tempat ...2 minggu berpantang di johor 2 minggu kat perak....dan yg selebihnyer kat Shah Alam...Penat jugak la masa mula-mula nak handle 3 org anak. Yang dlm pantang dah x macam dalam pantang. Bila x jaga betul-betul masa dalam pantang effect diye skang ni la baru terasa...sakit sini...sakit sana....satu badan la sakit...

Baby ayien senyum...masa ni kalo aku tak silap baby ayien baru 3@4 bulan la... teruja bila dapat baby gurl kan mula la nak solek macam-macam...Masa abg ngan adik kalo beli baju sumer sama patern jer tapi bila dapat baby gurl rambang mata tgk baju pompuan.....macam-macam fesyen ader. Masa aku amik pic ni baby ayien pakai baju abg diye...hehehe...x sempat nak mekap lagi.
Baby ayien dah mula meniarap masa ni....hah sekarang dah mula pakai baju gaun...Masa ni aku nak bawa diye ngan abg-abgnyer kuar jalan-jalan...Alah setakat g Tesco jerrr....hahaha...tu jer tempat yg senang nak handle diorg ni...
Ni la pic Baby Ayien yang aku amik dalam bulan lepas kalo aku tak silap....Dah banyak akal sekarang ni... Kalau abg-abg diye minum air sirap diye sibuk nak berebut skalie. Tak padan ngan cinonet.....ader hati tu nak berebut....geram jugak bila tgk gelagat baby.... Aper pun korang la buah hati pengarang jantung mama.
MAMA SAYANG ANAK-ANAK MAMA.....LOVE U ALL!!!!!